Bulan Disember 2012 lalu rasanya terlalu banyak undangan yang datang, lebih dua puluh undangan perkahwinan di samping beberapa undangan lain... majlis berbedak, berdikir, doa selamat melahirkan, doa selamat selepas menunaikan haji, majlis tahlil, majlis hari jadi dan sebagainya. Kadang2 dalam satu hari (Ahad) sampai 4 undangan diterima. pagi, jam 2, jam 4 dan malam. Waktu untuk sendiri bersama keluarga dan rehat banyak dihabiskan di luar rumah. Pada hal hari Jumaat dan Ahad sahaja waktu untuk rehat selepas penat bekerja selama 5 hari seminggu. Kadang2 kerja yang belum selesai terpaksa bawa balik dan dibuat di rumah.. kira homework lah katakan. Tetapi hidup bermasyarakat memang perlu kepada kunjung mengunjungi, bersilaturahmi dan bertoleransi. Hari ini waktu saudara atau sahabat atau jiran memerlukan kita... esok lusa kita juga memerlukan mereka untuk mengisi ruang2 tersedia dalam majlis kita pula Insyallah.
Lawatan ke penjara
breakfast di Season Restaurant
Semasa bertugas malam utk pelatih KBN
Pernikahan anak saudara
No comments:
Post a Comment