Saturday, 2 February 2013

Disember 2012 -Januari 2013

Bulan Januari 2013 sudah sampai ke penghujungnya, Perjalanan kehidupan yang dilalui sama seperti sebelumnya.  Rutin harian keluar bekerja... tiba waktu rehat makan dan keluar ke mana2 tempat makan atau balik rumah. Petang sambung bekerja dan balik habis waktu kerja. Hari Jumaat dan Ahad cuti awam. beberapa undangan perkahwinan perlu di penuhi, biarpun kekadang malas rasanya untuk pergi ke majlis tersebut kerana kondisi badan yang kurang mengizinkan.

Bulan Disember 2012 lalu rasanya terlalu banyak undangan yang datang, lebih dua puluh undangan perkahwinan di samping beberapa undangan lain... majlis berbedak, berdikir, doa selamat melahirkan, doa selamat selepas menunaikan haji, majlis tahlil, majlis hari jadi dan sebagainya. Kadang2 dalam satu hari (Ahad)  sampai 4 undangan diterima. pagi, jam 2, jam 4 dan malam. Waktu untuk sendiri bersama keluarga dan rehat banyak dihabiskan di luar rumah. Pada hal hari Jumaat dan Ahad sahaja waktu untuk rehat selepas penat bekerja selama 5 hari seminggu. Kadang2 kerja yang belum selesai terpaksa bawa balik dan dibuat di rumah.. kira homework lah katakan.  Tetapi hidup bermasyarakat memang perlu kepada kunjung mengunjungi, bersilaturahmi dan bertoleransi.  Hari ini waktu saudara atau sahabat atau jiran memerlukan kita... esok lusa kita juga memerlukan mereka untuk mengisi ruang2 tersedia dalam majlis kita pula Insyallah.

Lawatan ke penjara
breakfast di Season Restaurant
Semasa bertugas malam utk pelatih KBN

 

 
Pernikahan anak saudara