Bagaimanapun sedikit masa lagi, apabila buah2 tadi hampir habis, harganya akan melambung naik semula. Ini perkara biasa yang sering berlaku di sini. Mahal2 pun tetap laku kerana liur nak makan buah2 tersebut tak pernah habis/padam. Inilah namanya manusia, tak pernah puas dan kenyang. Ketika buah itu banyak selera pula tertutup... kadang2 melihat buah sahaja sudah bosan... ini ketika buah masih banyak! Tunggulah bila buah tersebut dah nak habis musim... TunGGu DaN LihAT SaHaJA...
Buah durian (durian pulu, durian kuning, durian otak nengalah, durian putih kampong kahwin dan tak kahwin, durian siongong, durian suluk n etc), langsat, rambutan, pulasan, tarap, kembayau, mangga, tibedak / cempedak, meritam, binjai, belunu, membangan, jambu, kelapa, mata kucing / longan, manggis, malah buah burberry pun lebat ditangkai.
Durian kuning dari kebun kakak
buah pulasan kahwin tebal isinya
diambil dari kebun kakak
buah jambu 'pink rose' dari kebun sendiri
buah tibadak/cempedak dari kebun pak mertua
langsat dan rambutan dari kebun mertua kepada
abang ipar yang tak habis diambil dan dimakan
rambutan dijadikan hidangan dimajlis2 kahwin
dan sebagainya
buah mangga dari kebun sendiri,
sentiasa mengeluarkan buah sepanjang tahun dan
disedekah kepada keluarga, saudara mara dan kawan2
buah burberry dan kelapa kuning dari tanaman
yang terdapat di sekeliling rumah kami.
Kelapa pandan yang sedap airnya juga ditanam
di tepi rumah
No comments:
Post a Comment