Saturday, 20 August 2011
Ramadan oh Ramadan
Julai until Ogos terlalu banyak aktiviti... tidak bernafas dibuatnya. Tapi aktiviti yang sangat menyeronokkan bersama warga jabatan.... untuk raja, negara, bangsa dan ugama tercinta.
Majlis khatam al-Quran di sana sini..... undangan ada dimana2...siok dan teruja dibuatnya, dari sebelum puasa hingga bulan puasa tak henti2.... 'beramal dan beribadahlah selagi kita mampu...' mudahan setiap amal yg berkebajikan diterima Allah SWT...dan setiap langkah ke arah kebaikan diberikan ganjaran paHala. Amin....
Sempat juga gotong royong membersihkan kubur orang2 Islam.... iski kan merasai beramai2 membersihkan kubur... lama inda melakukan amalan macam ani sejak balik ke Brunei.
Tidak kurang juga undangan ke majlis2 perkahwinan dan makan2/tahlil ....mana yg sempat di aga...undangan terpenuhi. manakala yg jauh tu terpaksa minta maaflah jawabnya.
Jumaat dan minggu ada pula majlis tadarus persatuan kampong... alangkah nyamannya serta segar minda dan badan ini... apabila ramai2 bertadarus dari rumah ke rumah. Biarpun puasa tidak terasa pula lapar, dahaga dan penatnya. Inilah yg dikatakan berkat bulan puasa. Alhamdulillah....
Ramadan ni... sungkai pun terpaksa cepat2 sebab ada aktiviti tadarus menanti selepas Maghrib terus berangkat ke destinasi.... takut nanti terpaksa ber Q drive krita apabila kejumpaan jalan sesak.... Awal bertolak awal lah sampai dan tidaklah terpaksa... berdesak2 antara manusia dan kerita yang menuju arah yg sama....segalanya berjalan lancar apabila dirancang lebih awal. Amin...
Anak2 juga faham tugasan iBu. Anak2 pun ada aktiviti sunGkai di luar bersama teman2 mereka.... sesekali ralek jua nada perlu turun ke dapur.
Tapi puasa ni paling banyak sunGkai di luar bersama anak2:
Terindak polo club ...banyak makanan berlambak2 perut mana sanggup merasai semua juadah yg disediakan.... Tahniah terindak...u are the best (bagi aku lah dari banyak2 tempat yg ku pernah datang semasa buffer Ramadan / bulan biasa)
Le Taj-jenis makanan ala2 bombay...sesekali teringin jua kan makan makanan jenis ini. Tukar selera.
Dellifrance- mushrom soup di tempat ni sama macam yg ada d Oman.... sedap gitu. soup dia puteh dan d campur mushrom yg masih segar... kalau ditempat lain soup dia gelap je...mushrom tu di balender...ni yg rasa lain mcm pulak....kurng sedap / tak sedap...
Tempat lain... anak2 ajak ..malas nak pergi sebab premis diorang masa ramadan ni sesak nak lalu ambil makanan pun terpaksa berdesak2 & berhimpit2..... Walaupun makanan dia sedap2.... oleh sebab sesak....mcm terpaksa berebut2 pula ambil makanan, makanan yg sedap pun jadi tak sedap rasanya.....Cuba lah jarak duduk antara meja satu dgn yg lain tu dijauhkan sikit... tidaklah rimas dibuatnya.
Kekadang tu beli barang yg sudah dimasak bawa balik rumah n sungkai di rumah saja... lagi siok... dpt ralek2 , solat then teruskan makan lagi ....... Rindu pada masakan sendiri... time SaHur baru turun dapur. Masak makanan yg boleh buka selera diri sendiri dan anak2.
Puasa puasa juga... sembahyang 5 waktu, Tarawikh & Witir dan amalan2 lain khususnya dibulan Ramdan ni hendak juga dititikberatkan. Mudahan segala amalan kita yg berkebajikan diterima Allah SWT. AMINNNNnnnnnn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment