Malam itu kami bersama rombongan keluar dari penginapan sekitar jam 7 atau selepas menunaikan solat Magrib. Letak kawasan tempat penyu bertelur kira-kira 7 minit perjalanan menaiki kenderaan. Setelah memastikan lampu picit tidak ketinggalan, kami berangkat ke destinasi dengan semangat... semangat kan melihat sendiri Sang PenYu mengeluarkan telur dan dapat merakamkan memory itu dalam kamera atau telepon bimbit masing-masing.
Bismillah......
Setiba di kawasan terkawal itu.... kami dibawa oleh 'guide penyu bertelur' ( begitulah anggapan ku). Kami dibawa berjalan sejauh ... entah aku pun tidak pasti , yg nyatanya kami berjalan kaki menuju ke pesisiran pantai.. kerana debur ombak kedengaran setelah minit demi minit berlalu. Entah terasa lama perjalanan... mungkin hampir setengah jam. Bila bunyi ombak mula menerpa telinga. Yang pasti kaki kami sudah lelah.. sakit terasa... melangkah di pasir yang seolah-olah liat dan melekit di tapak kasut kami.
Setelah begitu jauh melangkah.. merupakan satu senaman bagi ku ....
Akhirnya kami sampai ke suatu bekas / lubang yg sudah digali c penYu ini.... Pertama kali melihat secara 'live' ni....! KeCeWa Nya... Kami tidak dibenarkan memasang lampu picit masing2 dan dilarang merakamkan gambar sang penyu baik masa bertelur atau mengali pasir. Pokoknya semUA NYA tidak BOLEH....angan2 untuk menunjukkan gambar penyu sedang mengeluarkan telur kepada keluarga dan rakan menjadi HAMPA.
GUIDE ## sahaja yang boleh memasang lampu kecil bagi membolehkan kami melihat secara dekat penyu bertelur dan menutup lubang yg telah berisi telur dengan pasir. WAduH sangat kagum aku melihat saat penyu mengeluarkan telurnya satu demi satu... macam dlm mimpi pula. Begitu banyak telurnya .... begitu cantiknya telur keluar dan betindih antara satu telur dgn yg lainnya.
PenGalAMan pertama dalam hidup Gue.....
Begitu besar Kuasa Allah SWT menjadikan penyu antara binatang yg boleh mengeluarkan telur hingga beratus2 biji. tanpa merasa kesakitan... kemudian menimbus telur dgn kedua2 lengannya (yg seolah2 sayap) sehingga menutupi seluruh telur itu. Kemudian selesai kerjanya turun semula ke Laut lepas.
Pertama melihat telurnya keluar , terasa benar dilidah ku telur penyu...yg antara Paling Ku suka makan... Hai NyaMan Nya..... terasa kan menitis air Liur... Syrupppp.......heiiiii...... Tapi.. inda boleh diambil.....boring, boring.
Muka kecewa.... inda dapat merakamkan gambar penyu
No comments:
Post a Comment