Masuk bulan baru Julai 2009...... membawa kita semua kepada fasa baru dalam memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Fenomena H1N1 yang sedang melanda negara dan dunia sejagat, menimbulkan pelbagai rasa gusar dan bimbang yang tinggi kepada semua penduduk dunia. Justeru Negara Kita sangat berhati2 dalam menangani fenomena ini. Sehingga hari persekolahan terpaksa ditangguhkan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit, kerana justeru hingga semasa blog ini di update telah lebih 80 orang penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut, Nauzubillah hi min zalik.
Pelbagai uSaHa dan TindaKan diambil, seperti.... pemeriksaan suhu badan yang akan dijalankan pada hari pertama persekolahan dengan menggunakan 'thermometers'dan memakai masks. selain mengadakan kempen kebersihan sebelum penggal persekolahan bermula. Ditambah lagi dengan mengadakan sembahyang hajat menjauhkan dari penyakit berkenaan. ALHAmduLILLAh .....
Bagaimanapun acara umum terutama di hujung minggu terus diadakan dan dijalankan, khusus; majlis-majlis perkahwinan, makan doa selamat pindah rumah, doa selamat menerima menantu, majlis pertunangan dan sebagainya. Para tetamu tidak takut membawa anak-anak yang masih bayi ke majlis seperti itu.... selagi mereka tidak disahkan dihinggapi virus berkenaan selagi itulah kesedaran untuk berhati2 dengan serangan mengejut HN diabaikan. Wallah hu aalam.
MUDAH-MUDAHAN ALLAH SWT MEMELIHARA DAN MELINDUNGI KITA SEMUA DARI TERDEDAH KEPADA VIRUS H1N1, AMIN AMIN AMIN YA RABBUL ALAMIN.....
No comments:
Post a Comment