Friday, 24 July 2009

Selamat Pengantin Baru


5hb Julai lalu, bersama sepupu dan rakan seperjuangan menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat di Kg Masin.....


sempat merakamkan kenangan dengan Hjh Aisah
ibu bapa pengantin perempuan
Alhamdulillah.... selesai.. sudah acara...
doa dibacakan untuk mempelai
bagai pinang dibelah dua,
bagai cincin dengan permata
burung jelatik burung jeladan,
sama cantik dan sama padan

dayang-dayang membawa bunga dian
istiadat pembatalan air sembahyang

Nah.... sampai dah pengantin laki.......
sabar lai...
kejap lagi pengantin lelaki sampai
ayu menawan....
jenuh menunggu c kawan!!!!!
atas pelamin duduk berseri
penat menunggu si buah hati....

apa agaknya yang dibisikkan pengangun tu ??????
bergaya sakan depan pelamin.......
walaupun dan bercucu Nah....
tetap awet muda gitu....

Manis lah Nor...
dengan baju berwarna merah jambu

Hajah Ram..... lawa dangan!!!!!
ikan kaloi putih.... sedap masak tumis...
kaloi hitam...shhhhh..
enak dipanggang
gerinti inda nampak telinga...
Noi, Henah n Ros
bergambar ramai di rumah pengantin
Sita, Henah, Noi, Sin n Ros
bersama sepupu, Hjh Munai
menunggu pengantin lelaki tiba,
inda sabar lagi bisdia ani usulnya
!
Hjh Zubaidah, Hjh. Nor n Dk. Hamidah
Bahapa kau duduk di bawah tu Hjh? Kesian kau lai?
Teman-teman dari JPI
Anak siapa ni?
dua beradek berpakaian sedondon
masih awal... tetamu pun belum datang lagi..
sedang menunggu tetamu datang...
masing-masing sabar menunggu
doa selamat dibacakan......
pemain hadrah...
teringat masa muda-muda dulu ketika masih menuntut di Maktab

Sunday, 19 July 2009

RATTIB AL' ÁTTAS, S. HAJAT dan DOA


ISNIN, 13hb Julai yang lepas bersama-sama rombongan JPI ke sekolah Ugama Pelambayan membaca Rattib al'Attas, Sembahyang Hajat tolak bala dan membaca doa tolak bala, kususnya wabak Influenza A H1N1.

Bersama pelajar-pelajar sesi petang, majlis tersebut di adakan dalam Dewan sekolah berkenaan dari jam 3.13 pm sehingga membawa kira-kira ke jam 4.00 pm. Majlis berlangsung dengan lancar dan sempurna. Kira-kira 20 orang Pegawai dari Jabatan Pengajian Islam hadir dalam majlis itu.


Gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berjalan:

Tetamu kehormat majlis;
Timbalan SUT , Pemangku Pengarah

dan beberapa orang pegawai dari JPI

sesi minum rengan
kelihatan beberapa orang pegawai lelaki dari JPI
bersama rakan seperjuangan
selepas majlis membaca rattib selesai
kelihatan beberapa orang pegawai dari
Jabatan Pengajian Islam

sambil tu minta-mintalah juga doa bertemu jodoh,
bagi mana-mana yang belum berjodoh tu!!!!

jangan marah dek...
sedang khusuk membaca doa tolak bala
pelajar menunggu waktu untuk
sembahyang Hajat berjemaah

Lawatan ke S.Ugama

SEKOLAH UGAMA SUNGAI BUNGA TANJUNG KINDANA

bergambar kenangan di hadapan sekolah
bersama Guru Besar di sekolah tersebut

SELASA: 14hb Julai 2009, mengikuti lawatan ke SU Sungai Bunga Tanjung Kindana berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Menaiki boat laju, perjalanan hanya memakan masa sekitar 7 ke 9 minit sahaja. Macam mana pun gedebak - gedebuk jua hati.... melihat birunya air sungai... berapakah dalamnya????? HEHhhh ngeri jua rasanya....... Tapi alhamdulillah kami sampai ke destinasi dengan selamat tepat jam 2.00 petang.

bisai dangan!!!
ada jua yang kelihatan sugin bah....
di dalam boat menuju pulang
berehat selepas membuat tinjauan
ke kelas-kelas al-Quran
belajar secara berkumpulan di surau
U. Hjh Rus dan Guru al-Quran
C.H. Jamilah,
sedang mendengar bacaan pelajar kelas V
pengajaran mengikut kaedah berkumpulan
semua nampak ceria selepas melalui fasa
menaiki taksi air

dari kiri; Hj Metassan, H. Zul, H.Roslan
dan di belakang H.Murni
Sekolah Ugama Sungai Bunga Tanjung Kindana
tempat yang dituju sudah kelihatan di hadapan
Wowwww... semua mau terbang ke?
Muka berani je nampak...
walaupun masih dalam motorboat laju
takut kah Mar?

Senyuman dalam perjalanan ke Sekolah ugama