Tuesday, 28 April 2009

Rombongan Brunei

HAI...... LAMA INDA MENJENGUK BLOG ANI, SIBOK PUNYA PASAL. Tapi hari ini hari terakhir rombongan dari Brunei berada di Oman. Di mana sejak hari Jumaat lagi rombongan tersebut tiba di negara ini atas urusan negara.

24 April (pagi) rombongan dari Brunei sampai , pada sebelah malam TYT mengundang rombongan santap malam di rumah beliau. Rombongan terdiri daripada 16 orang dan 7 daripadanya kaum wanita. Saya turut sama bertugas mengiringi rombongan wanita sepanjang berada di Oman.


bergambar ramai bersama delegasi di Hotel Hayat


Pada hari kedua, kami membawa rombongan yang terdiri daripada kaum isteri ke Mutrah souk .... walaupun cuaca panas para rombongan tetap meneruskan perjalanan di dalam souk (pasar). Bermacam-macam barang hendak dibeli, terutama songkok buatan Oman yang harganya lebih tinggi berbanding songkok / topi (nya kitani org Brunei) import (yang kebanyakannya dari Filipina, Cina, Thailand dan Pakistan). Sehingga jam hampir menunjukkan pukul 1.00 petang baharulah perjalanan di Mutrah Souk sampai ke kedai Bahrin yang menjual pelbagai minyak wangi / perfume, yang paling digemari oleh kaum wanita khusus dari Brunei (mun banyak orang pesan arahku minta belikan bah). Manakala Di sebelah petang delegasi wanita berehat sahaja di hotel, kerana kedai-kedai dan souk di Muscat, Oman pada jam 1 lalu hingga 4.30 atau 5.00 pm tutup. Dan akan dibuka sehingga 8 atau 9 malam.

Keesokkan harinya... semua rombongan dibawa melihat-lihat sekeliling bandar Muscat dengan menaiki kerita, kami singgah sekejap di al-Alam Guest Palace tempat KDYMM bersemayam semasa mengadakan lawatan seminggu lalu. Walaupun cuaca panas, kami keluar untuk mengambil gambar yang berlatarbelakangkan istana.


Pada sebelah tengahhari kami dibawa menikmati makan tengahhari di Turkist Restoran yang ditaja oleh vice president Majlis Syura Oman. Pelbagai juadah dihidangkan.... , untuk appetizer sahaja kami dihidangkan dengan makanan Arab Turky (macam tumpi, tapi lembut, lebar dan besar, makan seorang inda habis) bersama salat (daun2an macam di Brunei jua) tapi nada sambal belacan ni ah!!!! Sambalnya terdiri daripada buah zaitun yang dipotong kecil bersama lada kisar barangkali tu (ku pun nada pasti, but nyaman tapi macam belacan,,, rasa inda sama) ... dicampur humos dan mayonis Arab. Bukan macam mayonis arah kitani! Setelah itu baharulah dijamu dengan sotong goreng bersama tepung; udang bakar; ikan besar bakar jua; mix grill dan nasi kemudian baru keluar. Kenyang eh....... sakit perut. Manakala minumannya air hijau yang bercampur daun pudina yang sudah diblendar. WOW.......... inda nampak batang hidung bah.... semerbak bau. Untuk dessert..... ooohhh inda lagi sanggup.


CALI-CALI lagi isteri-isteri Yang Berhormat kami bawa ani.... paibun, ramah.... mudah senyum... siok jua macam berada di Brunei bersama keluarga dan saudara sendiri, cakap kedayan lagi tu, betemu tah tu. KEBETULAN jua yang seorang namanya HJH ASNAH.... rupanya kawan sis Hjh Asnah.. sama sekolah dan sampai masa ani masih kawan jua. Yang seorang nama HJH IENAH/ AINAH, dari awal sampai Oman udah ku perasaan macam seseorang di kampong mukanya, masa sama-sama lunch sempat tah jua tanya.... asal dari mana? tau kita sipolan bin sipolan?... OOOH tepat, rupanya asal orang Sengkurong jua, adik-beradiknya pun ku kenal... ka jah ani, nama pun macam sis Ainah... HEHHEHEH.... Kak HJH SALMAH, ni pun ada kaitan tia jua dengan anak sepupu bapa, bepupu sekali sama Puan Hjh Salmah.... amin, banyak saudara yang ku jumpa dalam rombongan ani, ..... semua diorang ani baik-baik.

Di sebelah kiri Hajah Ienah/Ainah dan disebelah kanan Liza

bersama Hajah Salmah

Hari KETIGA, membawa rombongan bini-bini ke CITY CENTER menjamu mata, dan shopping...... , masuk ke kedai perfume AMOUGE , macam-macam jenama amouge di jumpai di sini... apa lagi kami mencuba semua perfume atu di baju, di tangan dan test bau di kertas khasnya..... TAPI SEMUA TIA INDA NYAMAN, MANA INDA BER+ BAUR SUDAH BAUNYA..... Akhirnya, tidak habis di kunjungi kedai-kedai yang ada di pusat tersebut... kerana jam sudah hampir 2 lalu. BALIK ke Hayat Hotel dan lunch di sini bersama rombongan.

No comments: