Wednesday, 25 March 2009

meminang

Di tengah-tengah kesibukan membersihkan stor dan kerita yang di banjiri air pada musim banjir Januari dan awal Februari lalu, semasa bercuti kami suami isteri sempat mengikuti rombongan meminang bagi anak saudara HAJI ke Lumut. Bersama kira-kira 8 - 10 buah kerita kami berkonvoi ke destinasi yang dituju dan berkumpul di kawasan masjid Zainab sebelum ke rumah pihak perempuan. SIOK JUA AH......... jadi orang tua-tua sudah.... He he he he..... sambutan tuan rumah sangat baik dan ramah, kami disambut dengan hangatnya tanda ikatan akan terjalin dengan erat. Ibu pihak perempuan masih muda dan cerdik berbicara, tetapi penuh budi bahasa dan sopan santun, menandakan adat melayu masih utuh dan diamalkan.
keluarga kedua-dua belah pihak
Acara peminangan diketuai oleh bapa saudara pihak lelaki....... yang menyampaikan hajat daripada anak saudara ...... di tengah-tengah acara kami dikejutkan dengan kehadiran sepasang bayi kembar yang sangat comel dan menarik hati untuk mendekatinya dan mengambil gambarnya (setelah meminta kebenaran dari keluarga bayi tersebut). ADUH...HHHH comel benar........... rasa kan di cubit-cubit pipi gebunya atu. Dua-dua perempuan pulak tu!!!!!!.
sikembar yang comel dan lawa
geramnya........ !!!!

PELBAGAI JUADAH dihidangkan setelah upacara meminang berlangsung...... makanannya ada kek, bingka durian, agar-agar, penyaram pun ada dan macam-macam lagi ....lupa ku sudah!!!!! semua kueh mueh dibuat oleh ibu pihak perempuan. PANDAI lah DIA..............
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sebahagian gambar yang sempat dirakamkan
semasa rombongan meminang dijalankan
kelihatan sebahagian kaum ibu dari pihak perempuan (di sebelah hadapan)
keluarga sebelah pihak lelaki yang datang bertandang

juadah petang dihidangkan setelah upacara merisik selesai
AMIN!!!!!!

sebahagian tetamu dari pihak lelaki

No comments: